Thursday, March 26, 2009

VANILA&KEMBARA BERMAKNA-mac 09

HAI...lama tak menulis di laman ni.baru kembali dari Indonesia semalam..tak lain tak bukan pasti kerana VANILLA..kembara kali ini tinggalkan lebih banyak makna..berpeluang bersemuka,berbicara dengan seorang diantara pengusaha vanilla yg disegani..Ayahanda kepada Agusmarda..setinggi ia membicarakan juga mempertahankan potensi serta masa depan vanila,setinggi itu jg keyakinan saya melangit meyusuri bait-bait ayatnya "potensi&pasaran,nggak usah khuatir,sangat..sangat..sangat..cerah"...terimakasih atas segala tunjuk ajar&petua..kembara vanilla kali ini jg bermakna,bila anak-anak utk pertama kalinya mampu jejakkan kaki ke negara orang.ialah..sebelum ini mereka adalah anak-anak yg hanya berupaya ke Tamu Ahad.itupun dgn bekal rm10 hasil jual bunga.bukan 4 kali sebulan.tetapi 4 bulan sekali...bukan 'makan angin' buat ia bermakna..tetapi..dedahkan pd mereka bagaimana warna-warni kehidupan Kota Jakarta,Kepelbagaian Tari Hidup Kota Bandung,Meninjau dari PUNCAK,gah Kota Bogor yang tak pernah tidur dan lelah dari gerak usaha warganya..ibarat rasa..ianya himpunkan segala2..yang pasti,,,kepayahan memaut insaf tersangat dalam..NAMUN..rajin,gagah,usaha menggenggam rezeki warganya pencetus motivasi tak ternilai..tanpa diminta,anak2tekun bersedekah yg terdaya.berkongsi sedikit rezeki yang dititipkan Allah bersama anak-anak di Yayasan Anak Yatim Bandung...menitis airmata yg sesungguhnya ada yg jauh lebih derita dari kita yg susah.Inilah yg membuat kembara vanila kali ini TERAMAT bermakna..kembali ke Malaysia,,kepulangan dari kembara mencari rezeki bersambut khabar gembira..YB KHAIRY KETUA PEMUDA UMNO YG BARU..Tahniah..keyakinan pada pemimpin ini tak pernah luntur..berbaloi jg rasanya..jadi bahan ketawa orang lain sewaktu menjadi pemantau kertas undi bagi pihak KJ dulu(kota Belud)..Alhamdulillah..dah lali menjadi bahan ketawa orang dr dulu..tetapi tak pernah sedikitpun teringin tertawakan orang.Ada waktunya rencana hidup adalah milik yg terlalu peribadi..pd yg Hanya sekali pandang..pasti...pelbagai andaian&lontaran cerita########biasalah..manusia.Pada Pak Aip..terimakasih.manusia adalah sama.ingat itu yaaa..Pak Agus&Famili..terimakasih atas ilmu yg dikongsikan..Pada Mr Ho..Harap dpt manfaatkan segala2semasa di VillaDomba Bandung.Maaf tak dpt bersama..banyak perkara urusniaga vanila yg terpaksa saya selesaikan..Sdr Ahmad(Labuan)..bukan senang dpt kawan yg ikut menangis..terimakasih..Pd Bos Perdana Rest..semoga bertambah rezeki..tkasih jg..Sahabat yg banyak berjasa Sdr Ghaz..jasamu dikenang..rakan2 di Ofis Sungai Besi..Subli,Bob,Abu..kesabaran semua dalam menilai hasilnya..pasti berbaloi..thanx

Sunday, February 15, 2009

VANILA&CERITA SUKA DUKA

tiba2 teringin utk berkongsi suka-duka perjuangan mencari rezeki..dalam usaha mencari ruang dan peluang pasti akan bertemu pelbagai cerita suka,gembira&ketawa..pun begitu tak kn terlepas untuk berpaut selingan cerita duka,kecewa,hinaan,cacian,tohmahan dari pelbagai sudut yg ada kalanya benar2 mencabar wibawa&maruah..keberanian,cita2serta ke azaman terjun ke dunia perniagaan telah mencatat sejarah jg cerita yang bukan sekejap..betahun2..teringat bagaimana peritnya saat-saat menjaja bunga ditengah ribut petir&hujan lebat..pulang dengan tangan kosong namun telinga tersumbat mendengar ejekan,umpatan masyarakat yg tak pernah yakin apata lg percaya....benarlah kata orang teman ketawa mudah dicari..tak payah caripun.akan datang sendiri...teman menangis teramat sukar..belumpun menangis.berair mata termasuk habuk.dah bertempiaran lari..lumrah manusia..suka sangat menghakimi@memburukkan hidup orang lain.sedang orang yang mereka hakimi,tak pernah tidur sampai dinihari.tak pernah kenal putus asa&kecewa.tak pernah peduli apa orang kata.telapak kasut haus tak berhenti berlari mencari rezeki..sedangkan mereka menjadi hakim&menghakimi orang lain sambil duduk minum secawan dikedai kopi dari pagi hingga ke senja.. mengenal VANILA telah mengubah sedikit tempo kehidupan.memang masih jauh dari kejayaan,tetapi lagi jauh dari kegagalan..VANILA membawa diri berpeluang untuk menjelajah negara indonesia setiap bulan,meredah musim sejuk di Shenzen China.semua jauh dari mimpi sebelum ini..tetapi inilah hakikatnya..siapa dan apapun kita sebelum ini,bukanlah penentu kita akan jadi siapa dan apa di masa depan..pada rakan2 niaga di negara rumpun Indonesiaba pak agus,bapak rudi,bapak herman,ibu rina,ibu elda.terimakasih atas kepercayaan..

Saturday, February 14, 2009

bibit vanila planifolia

Dkota vanilla mempunyai stok sedia ada bibit vanilla(cutting&rooted)di nursery kami(Kota Nursery&Lanscaping)yang terletak di Kg TaunGusi Kota Belud.Selain itu kami menyediakan kursus(personal&grouping)berkaitan vanila serta demo tanaman di nursery.Harga yang ditawarkan bagi kursus dan benih DIJAMIN adalah yang termurah dalam pasaran malaysia.(Rm8-Rm15/pokok)


Testing 2

testing 1